<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

http://mommygojes.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
Loving Family: Petua untuk GIGI PUTIH, SAKIT GIGI

Petua untuk GIGI PUTIH, SAKIT GIGI

Petua untuk gigi

Kuatkan gigi
Inginkan gigi yang kuat? Tumbuk sedikit halia dengan garam dan kemudian, campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia tersebut setiap hari. Hasilnya, gigi anda akan menjadi lebih kuat.

Sakit geraham bongsu
Jika geraham bongsu anda sakit, cubalah petua ini. Ambil sebiji limau nipis dan belah
empat. Kemudian, rebus bersama garam dan air sehingga mendidih. Selepas itu, biarkan sehingga air rebusan tersebut menjadi suam dan berkumurlah sekerap yang mungkin. Lakukan setiap hari sehingga sakit berkurangan.

Gigi putih
Bagi mendapatkan gigi yang putih, campurkan daun bay kering (bay leaf) dengan kulit oren kering dan gunakannya sebagai penyental gigi. Amalkan setiap hari untuk hasil yang yang memuaskan.


Gigi tambah berseri
Agar gigi anda tambah berseri, amalkan cara ini. Mula-mula, ambil satu sudu garam halus dan campurkan dengan beberapa titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai garam tersebut menjadi lembap agar anda mudah mencoleknya. Kemudian, gosok garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama 1 hingga 2 minggu. Hasilnya, gigi akan menjadi bersih dan berseri.


Redakan sakit gigi
Ambil putik kapas (cottonbud) dan celupkan ke dalam esen pisang. Kemudian tekan atau sapukannya pada gigi yang sakit.




*info daripada majalah PA&MA edisi Januari 2012

Label: