<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

http://mommygojes.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
Loving Family: Petua untuk SI MANJA anda

Petua untuk SI MANJA anda

Petua untuk si manja


Ruam
Ruam panas sering menyerang bayi yang baru lahir. Untuk meredakannya, gunakan kanji nasi. Untuk membuatnya,  masak bubur nasi. Kemudian, ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan air kanji tersebut pada ruam. Hasilnya, ruam akan berkurangan.

Melentikkan bulu mata bayi
Kepada ibu-ibu yang ingin melentikkan bulu mata anak, cubalah petua ini. Sapukan bulu mata anak anda dengan susu ibu setiap kali selepas menyusukannya. Amalkan selalu dan anda akan dapati bulu mata bayi anda semakin lebat, lentik dan cantik.

Elak kencing malam
Sekiranya anak anda sering kencing malam, berilah dia makan 1 sudu kecil madu yang dicampurkan  dengan sedikit perahan lemon. Amalkannya pada waktu pagi dan sebelum tidur. Semoga anak kecil anda berhenti kencing malam.

Kepala bayi berkerak
Jika kelapa bayi anda berkerak, ambillah segenggam kelapa parut dan campurkan dengan 2 atau 3 ketul garam kasar. Masukkan campuran tersebut ke dalam perca kain dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Selepas itu, sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Hasilnya kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam.

Hilangkan kembung perut
Bagi menghilangkan kembung perut bayi, ambil 2 atau 3 biji lada hitam dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam itu ke dalam pusat bayi dan biarkan. Tepuk belakang badan bayi untuk menenangkannya.

*info daripada majalah PA&MA edisi Februari 2012

Label: ,