<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

http://mommygojes.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
Loving Family: 10 MITOS PENYUSUAN SUSU IBU

10 MITOS PENYUSUAN SUSU IBU

Tip kejayaan penyusuan secara eksklusif selama 2 Tahun sebenarnya bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu itu sendiri yang memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuannya memberikan yang terbaik kepada bayinya. Akan tetapi, pelbagai mitos diberitahu kononnya sebagai nasihat berguna yang akhirnya mengelirukan si ibu itu sendiri.

1. KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP

TIDAK BETUL!!! Majorirti wanita mengeluarkan lebih daripada cukup susu untuk bayinya. Bahkan, jumlah susu yang terbuang adalah biasa. TIDAK PERLU TOPUP dengan SUSU FORMULA.

2. TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN

ALASAN!!! Ia memang perkara biasa kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan pastinya bayinya tidak dapat susu. Ini adalah perkara yang biasa terjadi kepada first timer become mommies and even ibu yang sudah banyak kali bersalin kerana tidak mempelajari teknik posisi penyusuan yang betul dan mengakibatkan bengkak susu.

3. BAYI PERLU BERADA SELAMA 20 MINIT DI SETIAP PAYU DARA

IA TIDAK BENAR!!! Perbezaan perlu dilakukan antara "berada pada payu dara" dan "menyusu". Jika bayi minum kira-kira 15 - 20 minit pada sebelah payu dara, dia mungkin tidak mahu menyusu pada sebelah lagi.

4. BAYI YANG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK

SALAH!!! Susu ibu mengandungi semua kandungan air yang diperlukan oleh bayi.

5. BAYI YANG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D

TIDAK BETUL!!! KECUALI dalam keadaan luar biasa (contohnya, jika ibu itu sendiri kekurangan vitamin D semasa hamil)

6. IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI

Membasuh puting sebelum menyusukan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.

7.MENGEPAM CARA TERBAIK UNTUK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI.

Berapa banyak susu yang boleh dipam bergantung kepada banyak faktor termasuk paras tekanan si ibu. Bayi yang menyusu dengan baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yang dipam oleh ibu.

8. WANITA YANG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN

Ada wanita  yang masih terus menyusukan anak yang tua walaupun selepas melahirkan bayi. Kebanyaa=kan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila dia hamil kerana berasa puting sakit atau atas sebab2 lain tetapi dari segi perubatan tiada sebab untuk tergesa-gesa menghentikan penyusuan.

9. JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH, IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN

Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. hentikan makanan lain tetapi teruskan penyusuan susu ibu.

10. LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN

IA SEMEMANGNYA TIDAK BETUL!!! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bagi sesetgh wanita kerana dia tidak memulakan dengan betul.



Kesimpulannya, nawaitu si ibu serta kecekalan si ibu itu sendiri yang menjayakan penyusuan susu badan secara eksklusif selama 2 tahun kepada bayinya. Tiada alasan seperti berkerja yang menyukarkan penyusuan badan kecuali si ibu itu sendiri yang mahukan yang terbaik untuk anaknya. si ibu hanya perlu keadaan fizikal si ibu sentiada berada dalam keadaan terbaik bagi memudahkan penyusuan badan.

SUSU IBU ADALAH TERBAIK DI DUNIA...




Label: