<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

http://mommygojes.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
Loving Family: Tips: 5 Cara Mudah Sendawakan Bayi Anda

Tips: 5 Cara Mudah Sendawakan Bayi Anda

"Sendawakan bayi selepas menyusu"... Pesanan yang selalu diberitahu kepada kita kan. Kalau boleh jangan biarkan baby anda terus tidur selepas menyusu. Sendawakan baby terlebih dahulu kerana ia membantu mengelakkan kembung. Saya akan kongsikan 5 cara mudah untuk sendawakan baby anda.

Sebelum itu, kita perlu tahu akan kepentingan sendawa. Masalah kembung perut atau kolik berkait rapat dengan sendawa. Sendawa penting untuk mengelakkan bayi anda mengalami kembung perut. Ini kerana sewaktu bayi minum susu, sejumlah udara secara tidak langsung akan masuk ke dalam badannya samada menyusu badan secara direct atau minum menggunakan botol susu.

Sekiranya bayi menangis semasa menyusu, maka semakin banyak udara akan masuk ke dalam badannya. Ia akan mewujudkan gelembung perut di dalam perutnya dan bayi kita akan rasa kurang selesa.

Jika kita tidak sendawakan bayi selepas menyusu sebaliknya terus dibaringkan, ia boleh menyebabkan bayi memuntahkan susu yang diminum. Ibarat macam kita baru lepas makan lepas tu kita terus baring...mesti rasa nak muntah kan. Macam tu juga keadaan bayi kita.  Sekiranya kita biarkan bayi berbaring ia akan mengakibatkan bayi mengalami kembung.

Ada 5 cara mudah untuk sendawakan bayi kita:

1. DI BAHU

     Gendung bayi dengan posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang sehingga bayi anda sendawa. Posisi ini boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk di kerusi. Untuk elakkan bayi termuntah ketika sendawa, alaskan bahu anda dengan sapu tangan.



2. MENIARAP DI PANGKUAN

     Tiarapkan bayi anda dengan posisi melintang sehingga salah satu paha anda menekan perut. Pastikan bayi anda berada dalam kedudukan selesa. Tahan dada bayi dengan satu tangan. Sementara tangan anda yang satu lagi mengusap-usap belakang bayi dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi anda lebih tinggi dari badannya..




3. PANGKU MENGHADAP KE DEPAN

     Dudukkan bayi di pangkuan anda. Tahan bahagian dada bayi dengan lengan bawah anda. Pastikan bayi anda selesa. Biarkan tubuh bayi anda condong ke depan, dan gosok belakang badannya sehingga bayi anda sendawa.



4. DUKUNG

     Sekiranya bayi anda masih belum sendawa walaupun setelah 3 jenis cara sebelum ini, ciba kaedah lain. Kali ini secara mendukung bayi anda. Sambil dukung bayi anda dan pusing-pusing dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk gosokkan bahagian belakangnya. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama. Tapi kita haruslah bersabar..


5.  RIBA

     Bayi diletakkan dalam posisi duduk di atas salah satu paha anda dengan membongkokkan sedikit badannya. Gosok perlahan-lahan bahagian belakangnya dengan jari anda sehingga bayi anda sendawa. Hati-hati memegang bahagian dadanya kerana jika tersalah pegang mungkin akan membuatkan susu yang diminum tadi keluar kembali. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa selepas menyusu.



Yang mana satu cara yang biasa anda lakukan untuk sendawakan bayi anda. Jom kongsikan bersama.

Label: , ,