<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

http://mommygojes.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
Loving Family: Tips Untuk Ibu Supaya Berjaya Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun

Tips Untuk Ibu Supaya Berjaya Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun

Sekarang, dah ramai ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Walaupun sibuk bekerja di ofis, tapi ibu-ibu masih ada masa untuk pam susu untuk anak yang tercinta kan..  Ramai juga ibu yang tidak bekerja atau WAHM seperti saya yang amalkan breastfeeding. TAHNIAH. Kerana anda berjaya... Nak Tau tak cara untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun dan mendapat stok susu EBM yang banyak?




Ramai ibu kat luar sana yang berharap dapat menyusu badan kepada anak sehingga 2 tahun. Kalau berjaya sehingga 6 bulan pun kira dah cukup bersyukur kan? Tau tak banyak mana yang kita berjaya jimatkan duit daripada membeli susu formula? Ratusan ringgit tau sebulan.. Kalau yang anak yang alahan susu formula lagi la kesian. Kena minum susu formula jugak tapi yang lagi mahal. Lagi banyak perlukan duit.

Macam saya sendiri sebenarnya tak percayakan diri sendiri ni boleh menyusukan anak selama 2 tahun.. Tapi sekarang ni dah masuk 6 tahun saya menyusu badan NON STOP walaupun semasa hamil. Tapi ada caranya tau untuk dapatkan susu badan yang banyak.

Semasa Berpantang 44 Hari




Selepas Berpantang 44 Hari


 MINUM AIS


Time ni kebanyakan ibu dah mula LANGGAR PANTANG.. Betul tak? EH,,, nak kena pantang apa lagi.. kan dah habis 44 hari time pantang. Selepas 44 hari ni , memang kena berpantang pula sekiranya ibu-ibu nak susu badan banyak. Percaya tak, ramai ibu yang dah mula MINUM AIS selepas berpantang 44 hari ni. Ini salah satu yang menyebabkan penyusuan tak sampai 6 bulan pertama pun. Minum ais boleh menyebabkan susu badan kurang. Serius, tapi memang betul kerana memang susu badan saya akan jadi berkurangan. Kalau nak penyusuan selama 2 tahun berjaya, Ibu-ibu kena nekad jangan minum minuman berais. Lagipun, minuman berais boleh menyebabkan anak mudah mendapat demam selsema dan batuk berkahak. Tak sanggup TAK NAK MINUM AIS SELAMA 2 Tahun atau NAK ANAK MUDAH DEMAM SELSEMA



WAlaupun cuaca panas, saya lebih memilih untuk minum air suam. Even kalau keluar makan kat kedai pun, cuaca panas pun saya pilih Teh Tarik. Lagipun Minum ais boleh sebabkan tekak saya sakit.. huhuh
Pilih yang mana satu ye mommies...


DIET 


Ramai mommies yang mula diet sebab nak dapatkan bentuk badan yang cantik. Tapi, sekiranya diet yang mommies amalkan tidak sesuai untuk badan, susu badan akan berkurangan. Memang tak dinafikan, menyusu badan boleh menyebabkan kita menjadi lapar. Ye.. saya pun sama.. Sampai encik suami cakap saya ada saka.. Hhaha..Memang kejap-kejap makan..Padahal baru je makan nasik...2 -3 jam lepas tu makan nasik lagi. Sebabnya, ketika kita menyusu badan, kalori yang dibakar adalah sebanyak 200-500 kalori.  Banyak tu tau,, kalau kita jogging pun mungkin tak sebanyak tu kalori yang dibakar.. Nak bakar macam mana, dah duk jalan je keliling tasik, sambil mulut duk mengunyah keropok lekor... Hhehe...Saya ler tu.. 



Tak payah diet mommies... Bila diet, susu badan memang akan berkurangan. Dulu saya, bukan nak diet pun, Tapi masa tu terlewat ambil lunch.. Jam 3 petang baru jumpe nasik.. Badan dah ketar.. Susu jadi drop sangat.. Lepas makan nasik tu, baru susu jadi banyak .. sebab keperluan nutrisi dalam badan dah ada.. Tu baru lewat lunch. kalau saya diet memang drop terus la susu. Kalau mommies nak diet jugak, tunggu lah selepas 2 tahun ye..

Make sure mommies makan ON TIME. Sarapan, Lunch, Teatime, Dinner, dan makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Jangan pulak bedal Dinner Plate KFC pulak untuk Dinner ye,,, Kalau nak Kurangkan berat badan, lagi elok ambil Omega-3. Jangan lupa ambil vitamin atau supplement yang sesuai untuk menampung lompong-lompong nutrisi dalam badan yang boleh menyebabkan susu badan berkurangan. 

COntohnya : Stress boleh menyebabkan susu badan berkurangan.
Lenguh badan boleh menyebabkan ibu tiada mood untuk menyusu.



MINUM AIR SEKURANGNYA 3 Liter

 

 

Mommies yang menyusu badan WAIJB sekurang-kurangnya minum air 3 LITER sehari. Ala..sikit je tau 3liter tu.. Sekurangnya segelas setiap setengah jam atau sejam.. Perasan tak, kalu kita kurang minum air, atau pun bekerja di tempat yang ber aircond, bibir akan jadi pecah-pecah. Tanda kita dehidrasi. Tambah lagi kalau menyusu badan. Sejam tak minum air pun dah rasa tekak kering.. Sebab susu badan keluar, tapi kita pulak tak topup air dalam badan. Memang akan rasa tak cukup air tau.

SUPPLY VS DEMAND

Mommies yang menyusu badan perlu tahu maksud SUPPLY vs DEMAND. 
Ini bermaksud, sekiranya ada DEMAND, barulah ada supply nya. Macam ni, Susu badan tak akan keluar sehinggalah baby kita mula menyusu. Sebab itulah, kita perlu ajar baby kita untuk menyusu jugak dan jangan fikir susu badan kita takde. 

Bila baby mula menyusu, barulah susu badan akan keluar. 

Dan bukan bila ada susu, baru baby nak menyusu...


Yang biasa ibu-ibu baru mendapat anak pertama kebanyakannya Confuse dengan masalah ini. Ramai yang fikir, bila ada susu banyak, baru baby nak menyusu.. INI SALAH SAMA SEKALI.. Sepatutnya, bila baby menyusu, baru susu badan akan keluar dengan jayanya. Mommies boleh rasa, susu dipam keluar tiap kali menyusu badan. Dan ingat wajib untuk menyusu setiap 2 jam sekali ye.


Kalau mommies nekad untuk menjayakan penyusuan susu badan selama 2 tahun, follow je 4 tips ni selama 2 tahun. Insya Allah, mommies akan berjaya.
Saya sendiri memang mengamalkan 4 tips ni sepanjang 6 tahun menyusu badan dan akan sentiasa menyusu badan. Sebab yang kecik ni baru setahun 4 bulan, tandem nursing dengan abang nombor 2 nye yang umur 3 tahun.

Semua atas niat kita. Kalau kita nak, kita follow tips insya Allah berjaya.
Jimat banyak tau bila menyusu badan, Susu formula tak payah beli.
Yang paling penting, antibodi yang ada dalam susu badan kita dapat diberikan kat anak-anak kita. Itu yang menentukan anak kita supaya lebih sihat..

Ingat Tau... dalam SUSU FORMULA boleh letak macam macam DHA ke apa... Tapi ANTIBODI hanya ADA dalam SUSU BADAN IBU SAHAJA, 

Semoga berjaya Ye mommies... nanti mommies boleh share ye kat ruangan komen apa makanan atau minuman yang mommies ambil untuk tambahkan atau banyakkan susu ye....

TQVM mommies... Love uollss...


Label: , ,