<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

http://mommygojes.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
Loving Family: 2 Kategori Suami : "NAMPAK" dan "DENGAR" . Anda Yang Mana Satu?

2 Kategori Suami : "NAMPAK" dan "DENGAR" . Anda Yang Mana Satu?

Ada dua kategori suami kat Malaysia ni, iaitu suami yang "DENGAR" dan "NAMPAK". Apa makna 2 kategori tu sebenarnya? Adakah suami anda atau anda seorang suami yang jenis 'DENGAR' dan 'NAMPAK'?




Sebenarnya 2 jenis kategori suami ni adalah berdasarkan perangai suami itu sendiri. Sama ada suami itu betul-betul dengar atau betul-betul nampak.

SUAMI YANG 'DENGAR"


Suami yang jenis 'DENGAR' ni macam ni. Situasinya boleh berubah-rubah tempat dan keadaan. Yang penting satu sahaja; Adakah suami dengar atau tidak?

Bayangkan ye. 

Suami duduk atas kerusi sambil melayan smartfon atau sedang menonton TV. Apabila isteri panggil suami untuk minta tolong atau anak menangis melaung sebab jatuh atau sebab anak-anak menangis sebab berebut mainan (banyak sebab), Adakah ANDA MENDENGAR panggilan isteri atau suara anak-anak menangis itu?



Melalui pemerhatian saya sendiri, kebanyakan suami apabila sudah mula menonton TV atau menghadap smartfon, seolah-olah mereka berada dalam alam lain. Yang memang tak dengar dah suara-suara halus yang duk panggil suami ni. Pelik kan?



So, adakah anda seorang yang memberi FAST REACTION seperti menyahut panggilan isteri sepantas kilat walaupun sedang menonton TV atau menghadap telefon. 




Sebab; ramai jugak isteri yang memberi komen "BILA DAH START TENGOK TV KE TENGOK FON KE HABISLAH, TELINGA SUAMI OTOMATIK DAH TAK DENGAR DAH"


Emmm...anda kategori mana? 


DENGAR atau TIDAK.



SUAMI YANG 'NAMPAK'


Bayangkan ye situasi lain. Yang 'nampak' ni memang banyak sikit situasi yang boleh nak diberi. Yang paling best yang ni la.




Related kepada family yang ada anak-anak kecik. Biasalah bila ada anak-anak kecik ni kan. Rumah bersepah dengan toys kan. Kadang baru je isteri kemas mainan. Tak sampai 10 minit, dipunggah nya semula mainan tu. 





SITUASI 1:

Adakah anda Seorang SUAMI yang 'nampak' sampah dan terus kutip buang dalam tong sampah. Atau anda lalu je kat sampah tu tapi tak kutip pun, dengan anggapan nanti isteri kutip la tu kejap lagi.
COntoh sampah tu, plastik biskut yang anak dah habis makan, plastik jajan yang anak dah habis makan. 



Atau anda suruh anak anda kutip dan buang dalam tong sampah.

Atau adakah anda "nampak" je tapi tak buat apa-apa pun.



SITUASI 2:


Anda tengok baju dalam bakul yang banyak tak terlipat. Isteri tengah duk buat kerja lain (masak, kemas rumah). Adakah anda hanyak tengok je baju tu dalam bakul dengan beranggapan nanti isteri akan lipat di masa lain, atau adakah anda akan berusaha mengajak anak-anak untuk sama-sama melipat baju yang bertimbun tu.






Abang-abang, jangan lah beranggapan bahawa baju itu akan terlipat dengan sendirinya. Unless sedara ada beli mesin melipat baju. 


Abang-abang, jangan lah duk berharap isteri je yang buat semua kerja kat rumah. Boleh la jadikan aktiviti melipat baju tu sebagai satu cara anda untuk bonding time bersama anak-anak. Itukan baju anda jugak. Takkan la nak harapakan isteri je sepanjang masa untuk lakukan kerja-kerja rumah.


Kalau abang - abang tak reti nak lipat baju, beli la alat melipat baju tu.




Murah je ni. Kalau nak tolong saya belikan boleh jer..

Isteri pun senyum je manjang bila tengok kita tolong lipat baju. Kemas. Beli untuk anak-anak sorang satu. Tak berebut. Senang.



Kalau rasa anak suka sepah mainan mainan kecik ni, tolong la sedara beli toy storage ni untuk anak-anak. Kita pun senang nak kemas.


Yang saya beli pun RM 28 je. Kalau nak tolong saya kirim beli. roger-roger la.  Senang dah nak kemas mainan.. Sekejap je kan.



Abang-abang, berhentilah mengharapkan ISTERI atau BIDADARI SYURGA anda untuk melakukan SEMUA KERJA RUMAH. Mungkin kerana kita telah ditanam dengan adat, PEREMPUAN BUAT KERJA RUMAH.

BAsuh Baju
SIdai Baju
Lipat Baju
Kemas Rumah
Basuh Toilet
Buang Sampah
Cuci Pinggan
Masak


Banyak lagi la tak tersenarai kat sini.

Ini semua boleh dilakukan bersama suami dan isteri untuk bonding time dengan anak-anak. 



Tak perlu malu bila dilihat oleh jiran, anda sedang menjemur kain. Sebaliknya, malulah dengan isteri kerana tidak berusaha untuk membantu isteri.

Entah-entah, bila jiran lihat kita duk jemur baju, dia berfikir "Untungnya isteri dia, dapat suami yang rajin tolong isteri". 



Saya menulis melalui pemerhatian dan pengalaman.



Ada keluarga yang mempunyai ramai anak lelaki dan dua orang perempuan. Tetapi, anak lelaki itu tidak pernah diajar untuk menolong ibu mengemas rumah, melipat kain, memasak. Dan akhirnya, mereka tidak menolong pun ibu melipat kain yang berbakul-bakul tu (baju mereka sendiri). Ntah la, mungking menunggu bidadari datang turun untuk melipat baju dieorang kot. 



Dan bila berkahwin, anak lelaki ini tidak akan menolong isteri mereka untuk melipat kain, memasak, mengemas rumah. Kerana bagi mereka, itu adalah kerja perempuan. 
Kesian kat isteri tu abang-abang. 



Berubahlah abang-abang. Isteri bila terlalu penat buat kerja rumah seharian, muka pun dah masam. 
Anda balik, makan malam, layan anak setengah jam dan masuk tidur. Nak bercakap dengan isteri pun tak. Sebab sibuk duk menghadap telefon. Sibuk nak tengok TV. Kesian isteri tu.



#bercakapmelaluipemerhatiandanpengalaman
#ubahlahdiriuntukkeluarga


Ini pandangan peribadi penulis. 



Label: , ,